Tanah wakaf: Sumber kekayaan yang terbiar

Web Hosting
PETALING JAYA: Jumlah tanah wakaf di seluruh negara ialah 8.861 hektar dengan Sabah memililik keluasan terbesar iaitu 2,163 hektar dan diikuti Kedah 1,244 hektar.

Nilai keseluruhan tanah wakaf ialah RM63.7 bilion.

Sebuah NGO – Teras Pengupayaan Melayu (Teras) – pula menganggarkan tanah wakaf berkeluasan 20, 700 hektar tetapi angka ini tidak dapat disahkan.

Malangnya masih banyak tanah wakaf yang belum dibangunkan dengan cara yang sepatutnya, yang membawa umat Islam ke gerbang kejayaan.

Kajian mendapati masih banyak tanah wakaf yang terbiar, bagi yang lain pula tidak mengikut pembangunan semasa.

Di Pulau Pinang dan Johor satu waktu dahulu dilapurkan penyewanya adalah orang bukan Islam, lebih menyedihkan terlepas kepada orang bukan Islam berikutan kegagalan waris mendaftarkannya.

Manakala kadar sewa yang kenakan amat rendah berbanding kadar semasa. Di Perak kebanyakan tanah wakaf dimiliki oleh pihak masjid telah disewakan untuk tempoh 66 tahun atau 99 tahun.

Di Pulau Pinang tanah wakaf terletak di pusat bandar George Town yang sangat berpotensi untuk dibangunkan dengan projek pembangunan.

Pada satu ketika kadar sewa untuk tapak rumah tanah wakaf di Pulau Pinang ialah cuma RM1 manakala tapak bangunan kedai ialah RM352 sebulan.

Orang bukan Islam

Sebahagian orang bukan Islam yang menjalankan perniagaan di atas tanah wakaf itu.
Bagaimanapun, selaras dengan perkembangan semasa pelbagai pihak telah menunjukkan minat untuk memajukan tabah wakaf.

Antaranya ialah Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) yang berminat memajukan 40 hektar membabitkan nilai pembangunan RM1 bilion.

Manakala Majlis Agama Islam Johor mengambil pendekatan baru dengan membeli tanah wakaf yang telah berpindah tangan kepada bukan Islam.

Antaranya ialah  tapak di atas Lot 888 yang terletak di Kampung Parit Sumarto, Mukim Sri Gading, Batu Pahat, Johor ini bertujuan untuk dijadikan tapak perkuburan Islam penduduk setempat.

Setelah beberapa tahun kematian pemilik asal, pewarisnya telah menjual tapak ini kepada individu berbangsa Cina dan sehingga kehari ini, tapak tersebut masih lagi didaftarkan hakmilik atas nama individu tersebut.
Majlis Agama Islam Negeri Johor membeli semula untuk dijadikan tapak perkuburan Islam dengan kos berjumlah RM 2. 5 juta.

sumber: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/12/15/tanah-wakaf-sumber-kekayaan-yang-terbiar/

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tanah wakaf: Sumber kekayaan yang terbiar"

Post a Comment